Friday, September 4, 2009

kenangan bersama en hasan ghazali...

Aku terjumpa blog en hassan ghazali...emm..dah lama tak tengok muka dia..
dulu dia ajar teori pendidikan seni visual masa aku semester 5 kat UPSI..
seorang yang sempoi tapi skema dari segi pengisian tentang pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual..aku sempat join seminar pendidikan seni kebangsaan bersama kawan yang lain yang telah dibawa oleh en hasan ke USM dulu...memenag bes dan banyak melalui pengalaman itu mengajar aku tentang seni visual..tak sia-sia rupanya...penat mengharung jambatan pulau pinang memperolehi segunung ilmu yang tidak ternilai...beliau merupakan Pengajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak, Malaysia, Berkecimpung dalam bincang Seni Visual sejak mula masuk ke MPSI tahun 1979 (bidang Pendidikan Seni), Mangajar SM St. Gabriel, SM Maxwell Kuala Lumpur, Institut Perguruan Sultan Idris (1992-1999) dan kini Mengajar di UPSI (1999 - sekarang).Antara salah seorang penggubal kurikulum Pendidikan Seni Visual.Dulu masa praktical en hassan la yang jadi pensyarah tengok aku mengajar kat Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 11 tahun 2008...

No comments:

Post a Comment