Sunday, December 20, 2009

Mungkinkah Akan Terjadi

Tak kala hembusan bayu mengamit memori
Aku terus leka dengan duniaku
Yang aku tahu...Ketenangan itu aku mahukan
Memori lalu mengusik naluri ku
Sedang asyik menonton filem..
Aku terkenang teman seperjuangan
Banyak suka duka ku tempuhi
Impian ku menjadi taruhan
Aku menjadi leka dengan mainan perasaan
Di sana aku mengenal erti kehidupan
Pelbagai ragam manusia telah ku tempuhi
Yang jujur kadang kala penuh pembohongan
Yang manis pula penuh kepahitan
Aku kadang kala kalah dengan mainan perasaan
Ikutkan ati mahu saja aku pergi
Tapi...kaki ku seolah dirantai
Mampukah aku memutuskan rantai ini
Sedangkan aku sendiri sedar
Bahawa...mana mungkin akan berlalu pergi
Kerna terpaksa..
Aku merelakannya...
Ku teruskan perjuangan ini demi cinta yang satu
Mencurahkan segala bakti
Walaupun di sudut hati kecil ku
Terselit impian untuk melakar warna-warni keindahan
Bialah warna yang ku palit itu...
Menjiwai segala watak dan kemahuan ku sendiri
Itu yang aku mahu..
Itulah yang aku cari selama ini..........

No comments:

Post a Comment